Tuesday, December 11, 2007

LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG ALLAHYARHAM HAJI MOHAMMAD NOOR BIN ABDULLAH

3. PENDAPAT DAN KAJIAN YANG DIBUAT MELALUI RUJUKAN MAKLUMAT SEJARAH

(a) Menurut amalan biasa, sekiranya Hj Mohammad Noor bukan keturunan kerabat Raja pada zaman itu, Yamtuan Antah tidak akan menawarkan jawatan Penasihat Agama.

(b) Begitu juga jawatan Dato’Sedia Diraja, tidak akan ditawarkan kepada bukan keturunan kerabat diraja.

(c) Menurut maklumat arwah Hj Husin Talib, beliau telah dimaklumkan oleh nindanya Hendon bt Hj Mohammad Noor, iaitu kesemua adik beradik nya Rembau dan Kuala Pilah memiliki pangkal nama Raja tetapi apabila telah dilucutkan, telah menggunakan nama biasa.

(d) Walau bagaimana pun keturunan isteri kedua Fatimah ada hubung kait dengan keturunan Yamtuan Antah melalui salasilah keturunan sebenar. Ibu Fatimah waris suku Biduanda bernama Che Sabariah bt Dato Baginda Muda telah berkahwin dengan Abdul Rahman dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Halijah, Che Siti dan Fatimah. Che Siti telah berkahwin dengan YAM Tunku Yamtuan Antah sebagai isteri kedua Yamtuan dan dikurniakan dua orang anak iaitu YAM Tunku Abdul Kahar dan YAM Tunku Sulaiman. Fatimah telah berkahwin dengan Hj Mohammad Noor.

(e) Menurut perhubungan persaudaraan Hj Mohammad Noor bersama isteri Fatimah melalui kekandanya Che Siti, Hj Mohammad Noor dengan Yamtuan Antah adalah seperti berikut: (i) Perhubungan Hj Mohammad Noor dengan Yamtuan Antah adalah ‘biras’. (ii) YAM Tunku Abdul Kahar dan YAM Tunku Sulaiman anah Che Siti dengan Yamtuan Antah adalah anak saudara Hj Mohammad Noor bersama Fatimah. Ianya juga termasuk YAM Tunku Muhammad Ibni Al Marhum Yamtuan Antah, Yamtua Besar NS adalah juga anak saudara Hj Mohammad Noor. (Hj Mohammad Noor telah dipanggil oleh Tunku Yamtuan Muhammad untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Sulitnya dengan gelaran Dato Sedia Diraja.) (iii) Berdasarkan kepada salasilah tersebut, YAM Tuanku Abdul Rahman ibni Al Marhum Yamtuan Muhammad, Yamtuan Besar NS dan juga Agung Pertama Malaysia adalah cucu saudara Hj Mohammad Noor bersama Fatimah.





Walau bagaimana pun semua pendapat dan kajian tersebut tertakluk kepada maklumat yang diterima daripada cucu cicit Hj Mohammad Noor dan disokong oleh kajian yang dibuat melalui internet URL http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/negri3.htm. Apa yang paling penting kita semua waris rumpun keluarga Allahyarham Haji Mohammad Noor bin Abdullah memohon doa semoga rohnya dan anak cucu cicitnya yang telah pulang ke Rahmatullah dicucuri rahmat oleh Allah SWT Amin.

2 comments:

Unknown said...

Maklumat terkini yang diperolehi oleh waris Pilah Datuk Hj Ibrahim dan Zaiton Zainal Abidin semasa lawatan mereka membongkar sejarah Allahyarham Hj Mohammad Noor di-Sumatera ialah seperti berikut:- Hj Mohammad Noor adalah 5 pupu dengan Yam Tuan Antah. Menurut maklumat di- muzium sejarah Pagarruyung memnag sah Hj Mohammad Noor adalah keturunan Kerabat Diraja Pagarruyung saperti nama berikut:- Raja Haji Mohammad Noor Bin Raja Abdullah Ibni AlMarhum Sultan Abd Jalil Yamtuan Garang Yang Di Pertuan Sembahyang II Raja Adat Pagarruyung - Sumpu Kudus Bin Tuanku Sultan Abd Jalil Johan Berdaulat [Yang Di Pertuan Minangkabau Indonesia]1739 - 1780 Bin Yang Di Pertuan Patah Tuanku Raja Alam Muningsyah I Raja Alam Pagarruyung XXIX Bin Daulat Yang Di Pertuan Tuanku Raja Berandangan Raja Alam Pagarruyung XXIV Bin Daulat Yang Di Pertuan Tuanku Sultan Pasambahan Raja Alam Pagarruyung XXIII Bin Daulat Yang Di Pertuan Sultan Bakilap Alam Tuanku Raja Bagewang I Raja Alam Pagarruyung XXII Bin Raja Dua Selso XXI Bin Maharaja Ananggarwarman - Pagarruyung XX.

Berdasarkan maklumat daripada Aruah Hj Hussin pernah menyatakan yang uwan atau moyang anak-anak Hj Mohammad Noor nama asal mereka ialah seperti berikut: Pilah - [A] Raja Mohamad b. Raja Hj Mohammad Noor [B]Raja Adam b Raja Hj Mohammad Noor [C]Raja Idris bin Raja Hj Mohammad Noor [D]Raja Halipah bt Raja Hj Mohammad Noor [E] Raja Zainab bt Raja Hj Mohammad Noor [F] Raja Umi Kalsum bt Raja Hj Mohammad Noor [G] Raja Sawiah bt Raja Hj Mohammad Noor. Rembau - [H] Raja Hindon bt Raja Hj Mohammad Noor [I] Raja Jariaj bt Raja Hj Mohammad Noor [J] Raja Md Yatim b Raja Hj Mohammad Noor [K] Raja Jelimah bt Raja Hj Mohammad Noor [L] Raja Hj Daud b Raja Hj Mohammad Noor. Allah Hu Alam. Dpd Dr Hj Kamaruddin Hj Mohamad.

Unknown said...

SuhanALLAH...Alhamdulillah...ALLAH huakbar'.....